Presma nafi restoran mamak taja Zakir Naik RM175,000 sebulan


  • Massa
  • Rabu, 29 Dis 2021

Persatuan Restoran Mamak Malaysia yang didakwa memberi sumbangan kepada Dr Zakir Naik sebenarnya tidak wujud. — Gambar Hiasan/The Star

MESEJ tular di media sosial baru-baru ini apabila mendakwa pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik menerima RM175,000 setiap bulan daripada restoran India Muslim.

Mesej itu mendakwa, sebuah persatuan bernama Persatuan Restoran Mamak Malaysia yang kononnya mempunyai 17,351 ahli bertindak menaja Dr Zakir Naik setiap bulan.

Setiap ahli persatuan didakwa menderma RM10 sebulan kepada pendakwah itu, menjadikan jumlah yang diterimanya sebanyak RM175,000 sebulan.

Mesej tular itu sebenarnya adalah berita palsu yang dikitar semula sejak 2019.

Pada 2019, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menafikan khabar angin bahawa Dr Zakir dibiayai oleh restoran India Muslim dalam temu bual dengan The Star.

"Persatuan Restoran Mamak Malaysia tidak wujud," kata Presma. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram