Hujan sangat lebat di Perak, Pahang, Selangor dijangka berterusan


  • Primer
  • Ahad, 19 Dis 2021

HUJAN lebat dijangka turut di tiga buah negeri iaitu Selangor, Perak dan Pahang.

HUJAN sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal berlaku di beberapa kawasan di ibu negara, Perak, Pahang dan Selangor pada 19 Disember.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran cuaca yang dikeluarkan pada 1.40 pagi memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Perak ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

"Kawasan di Pahang yang dijangka terlibat ialah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan manakala di Selangor ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat serta Hulu Langat.

"Sementara itu, hujan lebat berterusan tahap buruk diramal berlaku di Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Pahang (Temerloh, Maran dan Pekan); Sepang (Selangor); Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Jelebu (Negeri Sembilan)," katanya.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran waspada hujan berterusan di seluruh Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

Keadaan cuaca sama turut diramal berlaku di seluruh Terengganu, Melaka, Pahang (Bera dan Rompin); Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram