3,900 kes Covid-19 dicatat pada Rabu


  • Primer
  • Rabu, 15 Dis 2021

KES harian Covid-19 negara menurun ke paras bawah 4,000 pada Rabu. — Gambar hiasan

KES harian baharu Covid-19 negara kembali menunjukkan penurunan ke paras bawah 4,000 apabila merekodkan 3,900 kes baharu pada Rabu berbanding 4,097 kes yang dicatatkan pada Selasa.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan di media sosialnya, ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,703,140 kes setakat ini.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 4,552 kes sembuh baharu direkodkan pada Rabu, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 2,615,162.

Selain itu, sebanyak 384 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 213 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak tujuh kluster baharu dicatatkan pada Rabu dan jumlah kluster mencecah 6,056. Daripada jumlah berkenaan, hanya 246 kluster masih aktif.

Tambah kenyataan tersebut, daripada 3,900 kes yang dilaporkan pada Rabu, sebanyak 86 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 3,814 kes (97.8 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Noor Hisham Abdullah, KKM, Covid-19