KJ kupas isu dua darjat, pematuhan SOP, ancaman Omicron


  • Primer
  • Ahad, 12 Dis 2021

KHAIRY akan muncul di kaca televisyen dalam Program Bicara Naratif Khas pada malam Ahad.

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan tampil mengupas beberapa isu hangat seperti pematuhan prosedur operasi standard (SOP) termasuk daripada pihak kerajaan dalam satu program bual bicara di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada malam Ahad.

Khairy menerusi ciapan di Twitter berkata, isu hangat lain seperti layanan antara dua darjat dan perkembangan terkini varian Omicron akan turut dikupaskan dalam program tersebut.

"Malam ini Sayed Munawar (pengacara) akan minta saya kupas isu-isu hangat seperti pematuhan SOP (termasuk oleh kerajaan), pindaan kepada Akta 342 setelah Ordinan Darurat diungkai, isu ‘antara dua darjat’ & perkembangan terkini varian Omicron," katanya pada Ahad.

kj bual

TANGKAP layar ciapan Khairy pada Ahad. — Twitter

Sementara itu, Kementerian Kesihatan menambah, isu lain yang akan diperkatakan termasuklah nilai kompaun RM1,000, kepentingan kepada SOP serta ketegasan KKM dalam tindakan.

Program Bicara Naratif Khas bersama Khairy itu akan bersiaran pada jam 9 malam dan boleh ditonton di TV1 serta Facebook Live RTM. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram