
KES baharu positif Covid-19 direkodkan kembali menurun dengan catatan 4,626 kes pada Sabtu berbanding 5,058 kes semalam (Jumaat).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 2,688,149 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah berkata, berdasarkan jumlah semasa, sebanyak 4,606 kes tempatan direkodkan manakala selebihnya (20 kes) adalah kes import.
"Sebanyak 95 kes merupakan dari ketegori tiga, empat dan lima manakala 4,531 kes tergolongan dalam kategori satu dan dua.
"Sertakat Sabtu, 396 kes pula memerlukan perhatian di unit rawatan rapi dan 211 kes memerlukan bantuan alat pernafasan," katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook pada Sabtu.
Sementara itu, kes sembuh juga direkodkan menurun dengan jumlah 4,690 kes pada Sabtu berbanding 4,997 kes (Jumaat).
Noor Hisham turut memberitahu, terdapat enam kluster baharu dikenalpasti menjadikan jumlah kluster semasa 6,035.
"Berdasarkan jumlah kluster pula, sebanyak 5,785 kluster telah pulih sepenuhnya manakala 250 kluster lagi masih aktif," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram