Agong kurnia gelaran kepada empat individu


  • Primer
  • Khamis, 04 Nov 2021

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan gelaran Datuk Kurnia kepada empat individu berkuat kuasa 27 Oktober. —The Star

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan gelaran Datuk Kurnia kepada empat individu berkuat kuasa 27 Oktober.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, Pengarah Urusan Kumpulan Bharat Datuk Seri Vinod Kumar Agawal dikurniakan gelaran Datuk Kurnia Ekram.

Beliau berkata, Al-Sultan Abdullah turut memperkenankan pengurniaan gelaran Datuk Kurnia Wira kepada Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rejimen 505 AW, Lt Kol Datuk Dr Ir Thong Kok Sing.

Gelaran Datuk Kurnia Bistari dikurniakan kepada Pengerusi Pertubuhan Badan Kebudayaan Daerah Maran Datuk Mohamed Ariffin Awang Ismail, manakala bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pahang FC Datuk Akhbar V.V.Abu diberikan gelaran Datuk Kurnia Arjuna.

Ahmad Khirrizal turut memaklumkan, pengisytiharan pengurniaan gelaran itu selaras Perkara 28 (Bahagian Pertama) Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang yang memperuntukkan bahawa Raja Pemerintah ialah punca bagi segala pangkat kebesaran dan kemuliaan dalam negeri Pahang.

"Sebagai Sultan Pahang, hanya baginda sahaja yang berhak mengurniakan gelaran dan pangkat kemulian serta mengadakan pangkat kebesaran atau kurniaan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram