Persefahaman dengan Umno, terserah keputusan PAS — Muhyiddin


  • Politik
  • Sabtu, 30 Okt 2021

MUHYIDDIN berkata, PN menyerahkan kebijaksanaan pimpinan PAS untuk membuat persefahaman dengan Umno. —The Star

KEPUTUSAN Majlis Tertinggi Umno untuk meneruskan persefahaman dengan PAS bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bergantung kepada kebijaksanaan pimpinan PAS untuk membuat keputusan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, gabungan itu akan meneruskan strategi yang telah dibincangkan dan dirancang serta bersedia untuk pertembungan tiga penjuru.

"Umno di Perhimpunan Agung dia telah buat keputusan tak nak bekerjasama dengan Bersatu. Jadi kita tak akan tunggu dan teruskan persiapan kita untuk pilihan raya negeri ini.

"Sama ada tiga penjuru ke, empat penjuru ke, kerana bagi saya ini adalah cabaran dan kita berusaha untuk menawarkan pilihan yang terbaik untuk negeri Melaka," katanya.

Khamis lepas, Umno memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Muhyiddin, PRN Melaka, Umno, PAS