SEBANYAK 6,060 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat, menurun sedikit berbanding 6,377 kes yang dicatatkan pada Khamis.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,460,809 kes setakat ini.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya memaklumkan, sebanyak 7,297 kes sembuh baharu direkodkan pada Jumaat, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 2,361,919.
Selain itu, sebanyak 570 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 300 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 11 kluster baharu dicatatkan pada Jumaat menjadikan jumlah kluster kepada 5,763. Daripada jumlah berkenaan, hanya 460 kluster masih aktif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram