Mangsa banjir di Baling kekal 352 orang


  • 112
  • Ahad, 03 Okt 2021

KEADAAN banjir yang melanda Baling, Kedah sejak empat hari lepas tidak banyak berubah menyebabkan semua mangsa belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. —Bernama

SERAMAI 352 jumlah mangsa banjir kekal ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling, Kedah setakat jam 8 malam Sabtu, kata Saifuddin Abdullah.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah itu berkata, jumlah itu tidak berubah berbanding semalam dan kesemua mangsa adalah daripada 121 keluarga.

Beliau berkata, tiga mangsa masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putera, SK Siong (28 orang), SK Bandar (9), SK Tanjung Pari (23), SK Bayu (25), SK Titi Gantung (44) dan Dewan Banggol Derom (44).

"PPS di Maktab Mahmud Baling pula masih menempatkan 31 mangsa, SK Malau (17 orang), SK Parit Panjang (19), PPS Kampung Padang Kupang (32), SK Mohd Ariff Abdullah (39), SK Tembak A (30) dan SK Jemerli (8)," menurutnya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, keadaan banjir yang melanda daerah itu sejak empat hari lepas tidak banyak berubah menyebabkan semua mangsa belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

banjir, Baling, PPS