Tanpa vaksin, tidak boleh dine in


  • Primer
  • Jumaat, 01 Okt 2021

MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin peraturan untuk membenarkan pelanggan makan di restoran kekal di semua fasa

KETETAPAN dan syarat untuk ‘dine-in’ yang diputuskan sebelum ini kekal digunapakai di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Syarat utama pastinya adalah perlu melengkapkan dua dos suntikan vaksin dan tiada sebarang perubahan dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan perkara berkenaan selepas peralihan fasa membabitkan beberapa negeri mencetuskan kekeliruan orang ramai berhubung kebenaran untuk ‘dine-in’.

“Keperluan vaksinasi lengkap untuk dine-in kekal bagi semua fasa pemulihan.

“Peraturan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak dikemaskini,” kata Khairy.

Pada Rabu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 memutuskan peralihan fasa PPN melibatkan beberapa negeri berkuatkuasa 1 Oktober.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan peralihan Fasa 2 kepada Fasa 3 di kawasan Lembah Klang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor.

Sementara Melaka beralih daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 dan Kedah pula beralih daripada Fasa 1 kepada Fasa 2. – Astro Awani

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

sijil vaksin, dine in, khairy