Kes Covid-19 kembali melonjak, rekod 11,332 kes


  • Primer
  • Selasa, 28 Sep 2021

SELANGOR turut mencatatkan peningkatan kes melebihi angka 1,000 dengan rekod sebanyak 1,231 kes hari ini. — The Star

KES positif baharu Covid-19 pada Selasa kembali melonjak apabila merekodkan 11,332 kes berbanding 10,959 kes pada Isnin.

Jumlah tersebut menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini bertambah sebanyak 2,220,526 kes setakat ini.

Daripada jumlah berkenaan,11,309 daripadanya merupakan kes tempatan manakala 23 lagi adalah kes import.

Sarawak kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,358 kes disusuli Johor dengan 1,319 kes.

Selangor juga mencatatkan peningkatan kes melebihi angka 1,000 dengan rekod sebanyak 1,231 kes diikuti Kelantan (1,088).

Sabah turut mencatatkan peningkatan kes dengan jumlah sebanyak 965 kes diikuti Pulau Pinang (895), Kedah (819), Perak (678), Pahang (677) dan Terengganu (629) dan Melaka dengan 303 kes.

Negeri-negeri lain mencatatkan rekod di bawah angka 100 dengan Negeri Sembilan sebanyak 89 kes, Putrajaya dan Perlis (19) serta Labuan terendah dengan 3 kes.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kluster telah meningkat kepada 5,447 kluster dengan penambahan 15 kluster baharu.

Daripada jumlah itu, katanya, 4,296 kluster telah tamat manakala 1,151 lagi masih aktif.

Katanya, sebanyak 14,160 kes sembuh direkodkan pada Selasa, menjadikan jumlah pulih keseluruhan sebanyak 2,020,099 kes.

"Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 986 kes, manakala 574 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram