Anwar dapat 'lampu hijau' bertanding di Perak


  • Politik
  • Ahad, 26 Sep 2021

UMNO Perak tidak ada masalah jika Anwar berhasrat bertanding di Perak pada PRU akan datang

UMNO Perak tidak akan sesekali menghalang sebaliknya mengalu-alukan ‘nama besar’ untuk bertanding di negeri itu, termasuk juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya siapa pun boleh untuk bertanding di mana-mana kerusi di negeri ini.

"Malaysia ini sebuah negara demokrasi, di mana pun orang nak bertanding tak jadi masalah. Tak ada halangan di Perak dan kami tak boleh halang siapa-siapa nak bertanding pun.

"Tapi baguslah beritahu awal supaya kami boleh buat persiapan awal. Politik ini sangat dinamik," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak memberi ruang kepada Anwar untuk bertanding pada salah satu kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, dengan kehadiran calon heavyweight dijangka akan memudahkan lagi usaha Pakatan Harapan menawan negeri itu. – Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

umno, anwar ibrahim, pkr