'Kalau dah tahu tak ikut laluan motor itu kena lebih berhati-hati'


  • Tular
  • Ahad, 26 Sep 2021

DETIK kemalangan yang berlaku antara penunggang motor dan orang awam di lebuh raya Grand Saga, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

MESKIPUN sudah disuruh berkali-kali untuk menggunakan laluan motor disediakan di setiap laluan tol, namun masih ada penunggang kenderaan yang masih berdegil.

Tular di media sosial baru-baru ini berhubung satu video rakaman kamera sebuah kereta menunjukkan sebuah motor tidak menggunakan laluan disediakan sehingga mengakibatkan kemalangan.

Dalam kejadian yang berlaku di lebuh raya Grand Saga, Cheras, Kuala Lumpur itu, motor tersebut dilihat melanggar orang awam yang sedang berjalan kaki melintasi laluan tol tersebut.

Bagaimanapun, penunggang dan orang awam yang terlibat dalam kejadian berkenaan dilihat tidak mengalami kecederaan serius.

"Motor itu pun satu, laju semacam, kalau dah tahu tak ikut laluan motor itu kena lebih berhati-hati, ini lagi mahu laju," kata seorang pengguna Twitter, @Sultan_Sulai80.

"MasyaAllah, harap mangsa tak cedera teruk," ujar seorang lagi pengguna Twitter, @UmarHarith.

Dalam video berdurasi 39 saat itu, bukan sahaja penunggang motor tersebut tidak menggunakan laluan motor disediakan tapi juga penunggang lain.

Penunggang motor seharusnya menggunakan kemudahan yang disediakan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

motor, laluan, tol, kemalangan, rakaman, Twitter