3.6 juta keluarga B40 akan dapat manfaat PPC


  • Primer
  • Ahad, 19 Sep 2021

PERDANA Menteri umum Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) kepada kira-kira 3.6 juta keluarga B40 sebagai persediaan ke arah era endemik. — Bernama.

PERDANA Menteri, Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Ahad mengumumkan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) dan akan beri manfaatkan kepada kira-kira 3.6 juta keluarga B40 sebagai persediaan ke arah era endemik.

Bantuan itu membabitkan peruntukan lebih RM471.6 juta dan mengandungi antara lain pek pelitup muka guna semula sebanyak empat keping setiap keluarga serta kit ujian kendiri Covid-19, juga empat kit setiap keluarga.

Setiap keluarga penerima juga akan diberikan satu oksimeter nadi, termometer serta risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

"Usaha ini antara lain bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Ismail Sabri berkata, pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.

"Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Ismail Sabri, PPC, COVID-19, B40, bantuan