Mahkamah Rayuan tolak permohonan Najib


NAJIB berdepan saman cukai daripada LHDN. — Bernama

PERMOHONAN bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan tuntutan saman cukai ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada Khamis.

Saman cukai yang dihadapi Najib dan Mohd Nazifuddin adalah bernilai RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah pun memberikan kebenaran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memohon untuk membuat keputusan ringkas dalam tuntutan saman cukai mereka terhadap Najib dan Nazifuddin.

Keputusan Mahkamah tinggi itu dibuat pada 22 Julai tahun lalu.

Berdasarkan undang-undang sivil, adalah sesuatu yang dibenarkan untuk sesebuah mahkamah membuat penghakiman ringkasan bagi sesuatu memutuskan hal perundangan tanpa menjalani persidangan penuh. – Astro Awani

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

LHDN, najib, mahkamah