'Terbaik MPAJ, memang patut angkut semua'


  • Tular
  • Rabu, 08 Sep 2021

BEBERAPA pegawai MPAJ mengangkut barang-barang yang digunakan untuk menanda kotak parkir. — Facebook
BAGI penduduk rumah flat, isu parkir sering menjadi masalah kerana terdapat segelintir penduduk yang mementingkan diri dengan menandakan kotak parkir supaya tidak dapat digunakan oleh penduduk lain.

Pada Isnin, tular satu video yang menunjukkan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melakukan satu operasi terhadap penduduk yang menandakan parkir di sebuah kawasan rumah flat.

Menurut video yang dikongsi pengguna Facebook Info Jenayah Terkini Seluruh Malaysia, beberapa pegawai MPAJ dilihat mengangkut barang-barang yang digunakan untuk menanda parkir dan meletakkan di dalam lori sampah.

"Tular kelmarin,segelintir penduduk setempat,tidak bertanggungjawab Cop parking guna tong, kerusi, meja, periuk, pasu, tupperwear.. Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ) pakat angkut semua.."

Di ruangan komen, netizen turut menyokong tindakan tersebut dan berharap MPAJ sering menjalankan operasi seperti itu.

komen cop parkir
Antara komen-komen netizen yang memuji tindakan MPAJ tersebut. — Facebook


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana lokasi rumah flat dalam video tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

parkir, mpaj