'Hati-hati mendaki di Bukit Malau'


  • Tular
  • Selasa, 07 Sep 2021

SEEKOR ular dipercayai ular tedung melintas di laluan pendaki di Bukit Mulau, Jitra, Kedah. — Facebook
ORANG ramai yang berhasrat untuk mendaki Bukit Malau yang terletak di Jitra, Kedah dinasihatkan berhati-hati selepas seorang pendaki terserempak dengan seekor ular di kawasan bukit itu

Menurut perkongsian pengguna Facebook, Tok Abah, ular tersebut dipercayai sedang berjalan melintasi laluan pendaki di bukit berkenaan.

"Hati-hati pada rakan-rakan yang selalu hiking (mendaki bukit) di Bukit Malau Jitra Kedah.. Mata kena peka.." tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook Group, Hiking And Recreation around Malaysia ( H.A.R.A.M), pada Selasa.

Screenshot 2021-09-07 at 3.27.31 PM
Gambar yang dikongsikan Tok Abah. — Facebook


Menurut salah seorang netizen di ruangan komen, ular yang dilihat itu adalah sejenis ular liar spesis Ptyas Carinata yang tidak berbisa.

"Walaupun nama Melayunya tedung liar... Tapi ia bukanlah spesies tedung berbisa.. Nama tedung disebabkan ia mempunyai size yg besar berbanding spesies ular tikus malaysia yang lain...spesies ni akan melarikan diri jika diganggu... Walau disentuh... Pilihan pertamanya adalah melarikan diri... Kalau tak dapat lari baru ia akan melawan.." menurut komen itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan saiz ular tersebut dan kawasan mana ular itu ditemukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

ular, ptyas carinata, bukit mulau, jitra,