"Selagi tiada akta itu, kita tidak selamat"


  • Primer
  • Jumaat, 03 Sep 2021

TUAN Ibrahim Tuan Man berkata, PAS melakukan macam-macam kaedah bagi memastikan tidak berlaku perbuatan melompat parti. — Bernama

PAS masih teguh dengan pendirian untuk menyokong sepenuhnya akta lompat parti kerana melihat ia sangat relevan pada masa kini, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata PAS akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk merumus tindakan ke arah mewujudkan akta lompat parti sebagaimana yang diperjuangkan sejak beberapa tahun lalu.

“PAS memang sangat bersetuju, bahkan kita dalam parti pun sudah melakukan macam-macam kaedah bagi memastikan tidak berlaku perbuatan melompat parti.

“Bagi saya, selagi tiada akta itu, kita tidak selamat. Kalau menang dua tiga kerusi, kita tiada jaminan orang itu akan kekal dengan parti yang dimenanginya,” katanya kepada media.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kurangnya golongan profesional dilantik dalam Kabinet baharu kerajaan, Tuan Ibrahim berkata, isu berkenaan tidak timbul.

Beliau berkata, kabinet yang ada ketika ini adalah terbaik mengikut keperluan untuk membangun semula negara dalam tempoh penularan Covid-19 ini.

“Saya rasa semuanya baik saja. Kita ada golongan profesional, kita ada golongan ulama, masing-masing ada bidang tersendiri. Tiada masalah dan yang penting kerjasama antara semua itu dalam memajukan negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram