Lembah Klang, Putrajaya, Kedah kekal Fasa 1 PPN


  • Primer
  • Khamis, 02 Sep 2021

KUALA Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Kedah merupakan negeri dan wilayah persekutuan yang masih berada di Fasa Satu. — Bernama

MELAKA akan beralih ke Fasa Dua manakala Negeri Sembilan ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Nasional (PPN) bermula Sabtu ini (4 September), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ini bermaksud hanya Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Kedah merupakan negeri dan wilayah persekutuan yang masih berada di Fasa Satu.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 pada Khamis bersetuju untuk membuka kembali sektor pelancongan di destinasi percutian terpilih di bawah program gelembung perjalanan berdasarkan beberapa syarat tertentu.

“Sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September. Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80%,” menurut kenyataan itu.

Tambah Ismail, mesyuarat hari ini sebulat suara bersetuju agar Sidang Khas berkenaan dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik.

Katanya, Jawatankuasa Khas tersebut akan turut membabitkan wakil daripada parti pembangkang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram