ATM kerah aset 'perangi' Covid-19 di 5 negeri


  • Primer
  • Khamis, 02 Sep 2021

PETUGAS tentera memunggah peralatan yang akan dihantar ke Hospital Medan Tentera ketika tiba di lapangan terbang Tawau pada Oktober tahun lalu. — Bernama
LIMA negeri yang terjejas teruk akibat penularan Covid-19 akan menerima bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengekang wabak itu, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menteri Kanan Pertahanan itu berkata antara bantuan yang akan disalurkan termasuk pembukaan Hospital Medan di lima negeri terbabit iaitu Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

"ATM sememangnya mempunyai infrastruktur, aset serta kepakaran yang mencukupi dan sedia diatur gerak pada bila-bila masa,” katanya dalam sidang media khas pada Khamis.

Beliau berkata usaha bagi mengurus dan meredakan situasi di kesemua negeri berkenaan sudah tentunya akan menjadi keutamaan ATM.

"Saya telah menjelaskan semalam, antara perkara paling penting bagi ATM ketika ini ialah memenuhi agenda nasional terutama memerangi Covid-19," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram