Rakyat kena ubah budaya politik 'tidak kisah'


  • Massa
  • Sabtu, 28 Ogos 2021

RAKYAT harus lebih cakna dalam segala aspek membabitkan politik demi kebaikan semua. — Bernama

RAKYAT sememangnya tidak meletakkan harapan tinggi selepas tiadanya unsur kejutan dalam senarai lengkap barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin berkata ini kerana barisan menteri dan timbalan menteri yang dilantik terdiri daripada 85 peratus muka lama seperti pentadbiran Perikatan Nasional.

​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ ​​​​​​​ badlishah

Badlishah Sham Baharin

“Jadi, tidak hairanlah kenapa orang melabelkan sebagai Kabinet kitar semula ataupun kabinet Perikatan Nasional 2.0,” katanya ketika menjadi panelis dalam ‘Forum Online: Analisis Kerajaan Baharu, Apa Harapan Rakyat?’ yang disiarkan menerusi Facebook Ikram Malaysia dan Sinar Harian.

Dalam perkembangan lain, Presiden Ikatan Inteligensia Membangun Malaysia, Datuk Nizam Mahshar berkata budaya politik dalam kalangan rakyat perlu diubah kerana apa yang diserlahkan sekarang adalah tidak menguntungkan.

“Yang patut kita risaukan bergerak ke hadapan ini adalah pertukaran rejim yang ada ini sebenarnya menyelesaikan masalah utama dalam politik.

“Bagi saya kita sebagai rakyat kena mengambil pengajaran bahawa persoalan nak mengubah individu itu tidak menyelesaikan masalah,” katanya menerusi forum sama.

Masa sama, Nizam turut menjelaskan yang pendekatan dalam diri rakyat ketika ini langsung tidak mengambil kira isu berbangkit dalam kalangan ahli politik.

“Kita punya politik itu kita memuja-muja pemimpin politik seolah-olah bila tak ada pemimpin politik ini runtuhlah negara,” katanya.

“Budaya politik dalam kalangan rakyat tidak kisah orang itu ada skandal ke, ada kes dengan mahkamah ke, masuk pilihan raya, lantik semula orang itu,” katanya. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

rakyat, Badlishah Sham, politik, Ismail Sabri