Angka harian Covid-19 kembali meningkat, catat 22,642 kes


  • Primer
  • Rabu, 25 Ogos 2021

KES Covid-19 hari ini merekodkan peningkatan sekali lagi dengan kes baharu mencecah sebanyak 22,642 kes.

Jumlah ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,616,244 kes setakat Rabu.

Selangor kekal sebagai negeri tertinggi dengan peningkatkan kes sebanyak 6,325 kes berbanding 4,645 kes semalam.

Sabah menyusul dengan sedikit penurunan jumlah kes sebanyak 3,224 kes. Hari ini, Kedah menggantikan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan jumlah kes sebanyak 2,279 kes.

Johor pula menjadi negeri keempat tertinggi dengan 1,832 kes, diikuti Sarawak (1,667), Pulau Pinang (1,427), Kelantan (1,424), Perak (1,390), Kuala Lumpur (1,128), Terengganu (744), Pahang (522) dan Melaka (342).

Selain itu, Negeri Sembilan merekodkan 269 kes, disusuli Perlis (44), Putrajaya (21) dan Labuan (4).

Semalam kes Covid-19 dilaporkan meningkat sebanyak 20,837 kes baharu berbanding rekod pada hari Isnin yang mencatatkan 17,672 kes.

Dalam pada itu. kes kematian akibat Covid-19 hari ini direkodkan meningkat kepada 265 kes berbanding 211 semalam. Jumlah itu menjadikan angka keseluruhan bertambah kepada 14, 818 kes.

Sehingga hari ini, 20,798 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 1,337,134 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 1,003 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 490 kes memerlukan bantuan pernafasan.— MAJORITI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Covid19, kes, meningkat