POLIS mengesahkan bahawa tiada sebarang objek berbahaya ditemui di dalam pesawat Air India Express yang menuju ke Singapura dari India pada Selasa.
Pihak berkuasa Singapura juga sudah melakukan pemeriksaan keselamatan secara menyeluruh terhadap pesawat tambang murah itu di Lapangan Terbang Changi, Singapura.
Ia dilakukan selepas syarikat penerbangan tersebut menerima e-mel berhubung dakwaan ancaman bom ketika penerbangan AXB684 dari Madurai, India.
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas ditamat kontrak, Sir Alex Ferguson dilarang teruskan tradisi Man United
BACA LAGI: [VIDEO] MARA bantu pelajar cemerlang tercicir MRSM, terlepas ujian sebab tiada kenderaan
Ketika kejadian, dua jet pejuang F-15 dari unit Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) diarahkan untuk mengiringi pesawat terbabit sehingga selamat mendarat di lapangan terbang sama.
Polis memaklumkan ancaman bom itu diterima pada 8.25 malam dan siasatan masih dijalankan serta tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang sengaja menimbulkan kebimbangan awam.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen berkata, kami mengarah dua jet pejuang itu untuk mengiringi pesawat melepasi kawasan penduduk sehingga akhirnya mendarat dengan selamat.
Menurutnya, Sistem Pertahanan Udara Berasaskan Darat dan Pasukan Pelupusan Ordinan Letupan juga diaktifkan ketika kejadian.
Susulan itu, rata-ratanya mengucapkan terima kasih terhadap dedikasi dan profesionalisme Angkatan Bersenjata Singapura dan pasukan keselamatan yang memastikan penduduk selamat di rumah walaupun terdapat ancaman di sekelilingnya.
Tindakan itu sekali gus meraih perhatian warga maya di Malaysia yang mengharapkan agar pihak kerajaan di negara ini boleh bertindak pantas sedemikian bagi memastikan keselamatan masyarakat.
"Cepat dan tangkas, terbaik Singapura," komen Idzwan Matzin.
"Sebelum berlaku lebih besar, lebih baik kena ambil tindakan awal," kata Khaidzir Mahmood.
"Terbaik, laju bertindak, tu pentingnya ada pasukan udara mantap, Malaysia patut belajar dari Singapura," Khairul Safwan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram