[VIDEO] Polis tahan lelaki tak berbaju, panjat Menara Eiffel sebelum acara penutup Olimpik Paris


  • Benua
  • Isnin, 12 Ogos 2024

Tangkap layar seorang lelaki memanjat Menara Eiffel beberapa jam sebelum majlis penutupan Olimpik Paris berlangsung pada Ahad.

SEORANG lelaki berkelakuan aneh apabila memanjat Menara Eiffel beberapa jam sebelum berlangsungnya majlis penutupan sukan Olimpik Paris pada Ahad.

Memanjat tanpa menggunakan sebarang tali keselamatan, tindakan lelaki tidak berbaju terbabit mengundang perhatian orang ramai sebelum pihak polis bertindak menahan individu tersebut.

Kejadian itu sempat dirakamkan orang awam yang melihatkan lelaki itu sudah memanjat hampir separuh menara berketinggian 330 meter tersebut.

BACA LAGI: Paris 2024: Wakil menembak, renang Malaysia berputih mata terpaksa pulang awal

BACA LAGI: [VIDEO] Atlet Mexico 'teruja' guna katil kadbod ketika sertai Olimpik Paris 2024

Dalam pada itu, pelaku difahamkan telah berjaya ditahan polis Perancis atas dakwaan membahayakan keselamatan serta menceroboh tapak bersejarah dan budaya di negara terbabit.

"Seorang individu memanjat Menara Eiffel pukul 2.45 petang, polis segera ke lokasi kejadian dan menahan pelaku," kata seorang pegawai polis Paris.

Beberapa pelawat di menara terbabit ditahan sementara waktu di tingkat dua sebelum dibenarkan keluar 30 minit kemudian.

Untuk rekod, Menara Eiffel menjadi lokasi perasmian Olimpik Paris dengan Celine Dion merupakan salah seorang penyanyi yang membuat persembahan pada upacara pembukaan tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram