SEORANG lelaki berusia 25 tahun cedera parah selepas jari kedua-dua belah tangannya putus ketika bermain bunga api di hadapan rumah di Seringgu Jaya, Merauke, Papua Selatan, Indonesia pada 22 Disember lalu.
Ketua Perhubungan Awam Polis Indonesia, Ajun Komisaris Ahmad Nurung berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang bermain bunga api sebelum dikejarkan ke hospital.
"Mangsa dipercayai menyalakan bunga api yang sudah tamat tempoh.
Keadaan mangsa yang berlumuran darah selepas kejadian.
"Disebabkan itu, ia meletup sehingga terkena tangan mangsa.
"Hal ini kerana, bunga api yang sudah tamat tempoh boleh menyebabkan letupan yang tidak teratur," katanya.
Ahmad berkata, mangsa yang hanya dikenali sebagai J terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut kerana kesemua jarinya hancur akibat letupan itu.
Sementara itu, Ahmad mengingatkan kepada para peniaga untuk tidak menjual bunga api atau mercun yang telah tamat tempoh kerana ia sangat berbahaya.
"Kepada seluruh pengusaha, jangan menjual bunga api yang telah tamat tempoh atau yang sudah lama.
"Bukan itu sahaja, seluruh masyarakat juga perlu berhati-hati ketika bermain bunga api terutamanya ketika menyambut tahun baharu nanti," tambahnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram