SEORANG warga emas berusia 80 tahun ditembak mati oleh seorang suspek yang berpakaian ala-ala ninja di Jalan Bronx, New York, Amerika Syarikat pada Ahad.
Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), lelaki ninja berkenaan dilihat sempat menaiki basikal dan merayau-rayau di kawasan berkenaan sebelum melakukan pembunuhan itu.
Lebih memilukan, kejadian itu berlaku di depan mata isteri warga emas berkenaan.
Difahamkan, warga emas itu, Marcelino Valerio dan isterinya baru sahaja tiba di rumah selepas berpesta di New Rochelle, Westchester County.
Menurut sumber, sebaik sahaja mereka keluar dari kereta, lelaki itu ditembak mati di hadapan lorong 1209 Ogden Ave di Highbridge sekitar pukul 1.10 pagi.
Pembunuh yang berpakaian serba hitam dari kepala hingga kaki, lengkap dengan topeng ski hitam itu dilihat mengayuh basikal di kaki lima dan lalu di sebelah warga emas tersebut, sebelum menembaknya dua kali.
Rakaman itu juga menunjukkan isteri Valerio berada dalam keadaan ketakutan segera meminta bantuan dua wanita yang berada di lokasi kejadian.
Ketiga-tiga mereka dilihat berada dalam keadaan terkejut dan histeria.
Beberapa saat sebelum insiden, penembak itu mengayuh basikal melalui lorong itu dan berpatah balik setelah Valerio dan isterinya sampai di lokasi kejadian.
Polis masih belum mendedahkan motif pembunuhan itu.— Agensi
Menurut penguatkuasa undang-undang, motif pembunuhan itu masih belum didedahkan polis.
Bagaimanapun, kenalannya memberitahu bahawa warga emas tersebut merupakan seorang yang tenang dan bekerja keras.
"Dia bukan jenis yang suka keluar, dia lebih senang berada di rumah," kata salah seorang kenalan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram