Gempa bumi gegar Papua, 4 pelanggan kafe maut ditelan bumi


  • Benua
  • Khamis, 09 Feb 2023

Gempa bumi di tersebut berlaku pada pukul 1.28 petang tadi (Khamis) di barat daya bandar Jayapura pada kedalaman 22 kilometer.

SEKURANG-KURANGNYA empat terbunuh dalam kejadian selepas gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan wilayah timur Papua, Jayapura, Indonesia pada Khamis.

Menurut pegawai bencana Indonesia, gegaran itu turut menyebabkan beberapa bangunan di wilayah berkenaan runtuh dan mengalami kerosakan yang teruk.

Sementara itu, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan kejadian tersebut berlaku pada pukul 1.28 petang tadi (Khamis) di barat daya bandar Jayapura pada kedalaman 22 kilometer.

Dalam perkembangan lain, Ketua Agensi Mitigasi Bencana Jayapura, Asep Khalid, sebuah kafe runtuh dan empat orang maut di sana.

"Ia jatuh ke dalam laut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Gempa yang berlaku turut mencetuskan keadaan panik dan huru hara dengan orang ramai berebut-rebut untuk menyelamatkan diri dengan berlari keluar dari bangunan.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia memberi amaran tentang potensi gempa susulan.

Indonesia mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi yang kerap kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, di mana plat tektonik bertembung. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram