Budak rentung ditinggalkan ibu ke pasar


  • Benua
  • Selasa, 22 Mac 2022

RAKAMAN video kebakaran itu yang dirakam oleh seorang penduduk di kampung berkenaan. — Agensi

SEBUAH rumah di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia mengalami kebakaran yang mengorbankan nyawa seorang budak lelaki.

Peristiwa kebakaran berkenaan terjadi di Kampung Rancabali Kulon, Kelurahan Bojongherang, Cianjur.

Ketika kejadian, ibu mangsa sedang ke pasar untuk membeli-belah barangan keperluan rumahnya dan budak lelaki berusia 12 tahun itu ditinggalkan keseorangan kerana masih tidur.

Peristiwa itu dilihat oleh salah seorang penduduk yang melalui rumah berkenaan pada pukul 5 pagi Selasa.

Penduduk berkenaan terus menjerit kerana melihat api dari dalam rumah mangsa dan api merebak dengan cepat sehingga menyebabkan seluruh rumah hangus.

Sehingga kini, punca kebakaran masih belum diketahui dan video kebakaran itu dirakam oleh seorang penduduk di kampung berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram