Detik-detik cemas air sungai 'rempuh' masuk feri


  • Benua
  • Sabtu, 19 Feb 2022

TANGKAP layar kejadian cermin feri pecah disebabkan ribut di Jerman.

SATU rakaman video menunjukkan detik-detik air sungai memasuki dan memecahkan tingkap sebuah feri di perairan Jerman susulan ribut Ylenia yang membawa angin berkelajuan lebih 151 kilometer (km) sejam baru-baru ini.

Rakaman yang diambil dari dalam sebuah feri oleh seorang penumpang itu tersebar di laman sosial Twitter dan menunjukkan rempuhan itu berlaku ketika kenderaan itu bergerak dari Sungai Elba antara Hamburg dan Finkenwerder.

Dalam video itu turut kelihatan penumpang-penumpang yang ketakutan duduk di dalam feri tersebut semasa air sungai yang sedang bergelora itu merempuh tingkap kaca itu.

Kejadian itu berlaku selepas empat orang disahkan terbunuh dalam bencana ribut teruk yang melanda Eropah pada Khamis dengan angin sekuat lebih 180 km sejam sehingga menyebabkan banyak perkhidmatan pengangkutan terjejas.

Sekurang-kurangnya tiga penumpang terhumban dari kerusi mereka apabila air masuk ke dalam feri terbabit.

Dalam rakaman itu, muncung feri itu diilihat mrempuh ombak air yang kemudiannya memecahkan tingkap dan memasuki dalam kapal penumpang tersebut.

Akibat terkejut dengan kejadian itu, penumpang lain dilihat mengambil barang-barang mereka dan melarikan diri ke arah belakang feri dalam usaha untuk mengelakkan air yang sudah memasuki ruang penumpang.

Namun, feri itu tiba ke destinasinya dengan selamat. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

feri, tingkap, pecah, ribut, Ylenia, jerman