VARIAN Omicron didapati mampu menyaingi antibodi daripada vaksin Covid-19 Pfizer.
Perkara itu dinyatakan daripada hasil kajian kecil yang diketuai oleh penyelidik dari Afrika Selatan.
Menurut kajian itu, hasil penyelidikan tindak balas vaksin Pfizer-BioNTech terhadap varian tersebut dengan menggunakan sampel plasma yang diambil daripada 12 orang penerima mendapati bahawa terdapat penurunan 41 kali ganda dalam antibodi.
"Varian ini mampu melawan imuniti antibodi dari vaksin Pfizer-BioNTech," kata Institut Penyelidikan Kesihatan Afrika.
Beberapa saintis yang berpangkalan di Durban, Afrika Selatan, bekerjasama dalam kajian itu bersama penyelidik lain di Afrika.
Dalam kajian itu juga, penyelidik menemui bukti bahawa imuniti mereka yang telah divaksin dan pulih daripada Covid-19 pula kurang terjejas.
"Jangkitan sebelumnya dan vaksinasi masih mampu menuetralkan varian itu," kata salah seorang penyelidik, Alex Sigal.
Kajian itu bagaimanapun tidak melibatkan golongan yang tidak divaksinasi dengan imuniti semula jadi dan perkara itu tidak dijelaskan oleh penyelidik.
Bagaimanapun, saintis di seluruh dunia turut berkongsi hasil kajian tersebut kerana saintis Afrika Selatan mula-mula mengenal pasti Omicron dan hanya terdapat sedikit data tentang kesannya terhadap vaksin.
Pengarah Wellcome Trust, Jeremy Farrar, menyifatkan bahawa kajian itu "sangat penting", namun dia juga mendapati hasilnya "menyedihkan."
Seorang profesor mikrobiologi di Sekolah Perubatan Icahn di Gunung Sinai, Mesir, Florian Krammer, berkata kajian itu menunjukkan "penurunan besar" dalam sistem imuniti.
Dekan Sekolah Kesihatan Awam Brown University, Amerika Syarikat, Dr Ashish Jha, berkata penurunan tersebut "tidak memberangsangkan" tetapi "tidak membimbangkan".
"Tetapi kajian itu memberikan lebih banyak bukti tentang keperluan untuk suntikan penggalak," ujarnya.
Penyelidik lain pula berpendapat bahawa antibodi bukan satu-satunya bentuk perlindungan yang dicetuskan oleh vaksinasi.
Profesor perubatan di University of California, San Francisco, Amerika Syarikat, Dr Monica Gandhi memberitahu vaksin mampu membantu antibodi melawan varian Omicron.
“Walaupun antibodi boleh berkurangan dari semasa ke semasa atau terjejas oleh mutasi di sepanjang protein spike, sel T daripada vaksin masih berfungsi melawan sel Omicron dan B (yang dihasilkan oleh vaksin).
"Vaksin ini menyesuaikan antibodi baharu yang dihasilkan untuk bekerja melawan varian,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif BioNTech, Dr. Uğur Şahin, memberitahu, selepas kajian baharu itu dikeluarkan, pihaknya menjangkakan keputusannya sendiri minggu ini daripada ujian terhadap Omicron.
"Kami optimis dengan kajian kami," katanya.
Terdahulu, satu kajian di Afrika Selatan juga mencadangkan mereka yang mempunyai imuniti semula jadi mungkin mempunyai kurang perlindungan terhadap Omicron.
Sementara itu, seorang doktor bilik kecemasan di Amerika Syarikat, berkata varian itu sendiri mungkin memberikan imuniti semula jadi tanpa menyebabkan penyakit yang teruk.
Kenyataan itu berdasarkan banyak kes setakat ini hanya menunjukkan sedikit atau tidak menunjukkan sebarang gejala.
Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan, Dr Anthony Fauci, pula memberitahu berdasarkan kes sedia ada, tiada profil penyakit yang sangat teruk ditemukan.
"Penyelidik Amerika Syarikat menjangkakan keputusan minggu depan untuk ujian pada virus hidup dan ujian virus pseudo.
"Penyelidik lain sedang mengkaji Omicron pada haiwan dan terhadap antiviral," ujarnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram