21 rumah musnah akibat banjir kilat di Kota Batu


  • Benua
  • Jumaat, 05 Nov 2021

ANTARA kediaman yang musnah akibat banjir kilat di Kota Batu, Jawa Timur dekat Indonesia pada Khamis. — Agensi

SEKURANG-KURANGNYA 21 kediaman musnah akibat banjir kilat di Kota Batu, di Jawa Timur, Indonesia pada Khamis.

"Hujan lebat di Kota Batu menyebabkan banjir kilat di enam tempat berbeza. Menurut data awal, 21 buah rumah musnah, " kata Pusat Kawalan Operasi Bencana, Kota Batu dalam satu laporan.

Pada malam Khamis, pasukan penyelamat masih memindahkan mangsa banjir kilat yang melanda bandar itu pada jam 2 petang waktu tempatan.

Pasukan penyelamat turut bekerjasama dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana dalam pemindahan mangsa yang terjejas selain kerja-kerja pembersihan rumah penduduk.

Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam banjir itu.

Anggota penyelamat dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan potensi tinggi hujan lebat dan banjir kilat di Malang Raya serta Kota Batu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Kota Batu, Jawa Timur, banjir kilat