MASALAH pencemaran vaksin Moderna Inc (MRNA.O) Covid-19 di Jepun semakin serius selepas sejuta lagi penggunana dos ditangguhkan susulan laporan penemuan bahan asing dijumpai dalam lebih banyak lot vaksin.
Penangguhan 2.6 juta vaksin itu terpaksa dilakukan di saat Jepun sedang memerangi gelombang Covid-19 terburuk dengan varian Delta yang menular yang mencatatkan jangkitan harian baharu melebihi 25,000 bulan ini.
Laporan terbaharu mengenai pencemaran vaksin datang dari wilayah Gunma, Tokyo dan wilayah selatan Okinawa, yang menyebabkan penangguhan dua lot lagi selain 1.63 juta dos yang telah ditarik minggu lalu.
Penangguhan itu dibuat susulan kejadian kematian dua penerima vaksin tersebut pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, kerajaan Jepun membuat kenyataan bahawa tidak ada masalah keselamatan atau keberkesanan yang telah diketahui dan penangguhan itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga selain mengataka punca kematian sedang disiasat.
"Tidak mungkin, pencemaran bahan asing menyebabkan kematian secara tiba-tiba," kata Takahiro Kinoshita, seorang doktor dan naib ketua Cov-Navi, sebuah kumpulan maklumat vaksin.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram