Isu Najib: Lokman Adam bidas Akmal Saleh


  • Politik
  • Sabtu, 20 Apr 2024

Najib memohon menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam mempersoalkan status yang dimuat naik oleh rakan sejawatnya, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu baki hukuman di bawah tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Sebelum ini, Akmal mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri dengan menyatakan afidavit difailkan Ahmad Zahid untuk menyokong Najib menjalani baki hukuman secara tahanan rumah, dibuat atas kapasiti sebagai Presiden Umno.

Lokman menerusi laman X membangkitkan mengenai agenda sebenar yang mahu dicapai Adun Merlimau itu ketika memberikan reaksi berkenaan.

Beliau turut mendedahkan bahawa perkerana mengenai perintah tambahan tersebut sudah pun dibincangkan dalam perjumpaan khas bersama Presiden Umno yang dihadiri semua ahli MKT dan ketua bahagian Umno.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki OKU melecur seluruh badan, jiran simbah air panas di Bayan Lepas

BACA LAGI: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

"Semua MT dan Semua Ketua Bahagian Umno yang hadiri perjumpaan khas dengan Presiden Umno dah lama tahu duduk sebenar macam mana perintah tambahan itu boleh keluar dan sebab kenapa ia di definisi tidak sah.

"Peguam DSN (Najib) dah bawa perkara ini ke mahkamah, tak lama lagi Perintah Tambahan itu sudah pasti akan keluar dan mahkamah pula akan beri definisi sama ada perintah itu sah atau tidak.

"Soalnya Akmal ini serang kerajaan, sedangkan dia tahu bukan kerajaan yang simpan Perintah Tambahan. Tindakan kamu ini untuk jayakan agenda siapa?" soalnya.

Tindakan Akmal itu dilihat tidak selari dengan jawatannya sebagai Ketua Pemuda Umno sepatutnya lebih arif mengenai kepentingan untuk melindungi perkara yang sudah dibincangkan secara dalaman.

"Nak tengok 'Bossku Bebas' atau nak tengok dia merengkok dalam penjara?

"Kalau bukan MT Umno tulis macam ini kita boleh faham, sebab benda rahsia ini bukan semua kita boleh jelaskan dekat rakyat, tapi ini Ketua Pemuda Umno," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram