Pasangan muda, pesaing edisi lalu tamatkan WCGC Malaysia di tangga 2 teratas, bawa nama negara ke Shanghai


  • Podium
  • Khamis, 25 Sep 2025

Gandingan yang menamatkan saingan di kedudukan dua teratas akan mewakili negara di China.

PERSEFAHAMAN baik serta kemahiran individu cukup baik menjadi resipi utama di sebalik kejayaan Isyraf Widad Muhammad Ikmal Opat dan Muhammad Adib Ibrahim yang muncul juara kebangsaan dalam edisi sulung Cabaran Golf Korporat Dunia Malaysia (WCGC) pada Khamis.

Gandingan muda dari Widad Skycore (M) Sdn Bhd mencatatkan 42 mata Stableford yang memastikan mereka menumpaskan 19 pesaing lain di Kelab Golf & Country Kota Permai, Shah Alam Selangor.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan kedua-dua pemain golf tersebut menempah slot untuk mewakili negara di pentas WCGC Dunia Akhir 2025 yang dijadualkan berlangsung di Kelab Golf Pantai Dongzhuang di Shanghai, China dari 19 hingga 23 Oktober.

BACA LAGI: Raja Muda Selangor pilih sentuhan Blue Diamond, namun bentuk cincin perkahwinan masih jadi rahsia

BACA LAGI: 20 pasukan korporat berentap merebut gelaran juara WCGC Malaysia, bakal wakili negara ke China

Saingan WCGC 2025 disertai 20 pasukan yang masing-masing terdiri dari dua pemain.

"Kami agak terkejut atas kejayaan itu kerana ia merupakan cabaran cukup hebat dengan sesetengah pasukan bertanding cukup hebat. Strategi kami adalah untuk bersaing antara satu sama lain untuk meningkatkan momentum.

"Ia merupakan pendekatan yang berhasil dan kami cukup teruja untuk beraksi di Shanghai bulan depan," kata pasangan berkenaan yang menamatkan saingan di tangga ketiga dalam merebut tiket ke pusingan kelayakan kedua ke pentas akhir peringkat kebangsaan.

Pasangan tersebut akan turut disertai Anushka Gayan dan Lee Robert yang mewakili Leonian Malaysia selepas menamatkan saingan pada Khamis di tangga kedua.

Ini bukanlah kali pertama gandingan terbabit melangkah ke pentas antarabangsa selepas muncul di kedudukan ketiga dalam pertandingan sama tahun lalu dengan ini merupakan peluang terbaik untuk menebus kekecewaan.

Tengku Amir Shah (kiri) menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada peserta dan penaja.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan penaung WCGC Malaysia, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengangkat penganjuran pertandingan itu sebagai sesutau yang berjaya.

"Semangat ditonjolkan semua peserta sepanjang pertandingan cukup membanggakan dan harapnya juara dan naib juara menampilkan aksi terbaik ketika mewakili negara di Pentas Dunia.

"Kepada penaja, terima kasih kerana terlibat dalam menjayakan edisi sulung pertandingan dan harapnya sokongan tersebut dapat diteruskan dan dimeriahkan lagi," kata Tengku Amir Shah.

Kedudukan podium disempurnakan pasukan terdiri dari Selvan Subramaniam dan Sasikumar Subramaniam dari Cyberlan Integral Sdn Bhd yang mengumpul 42 mata Stableford. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram