
LIMA wakil wanita negara akan berentap dengan bintang golf terkemuka dunia dalam Kejohanan Maybank 2025 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) pada Oktober depan.
Dengan semangat Hari Malaysia yang disambut pada 16 September, pastinya akan menjadi pemangkin buat Mirabel Ting, Ashley Lau, Kelly Tan, Liyana Durisic dan Genevieve Ling utuk mengharumkan nama Malaysia dengan menjadi sebahagian pemenang dalam kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah AS$3 juta (RM12.65 juta).
Ini merupakan kejohanan yang menawarkan hadiah paling lumayan dalam siri jelajah LGPA di rantau ini.
BACA LAGI: [VIDEO] Tuah pertama kali main di Malaysia, Kritchanya mahu fokus Maybank Championship 2025
BACA LAGI: Dua wakil negara, pemenang emas Olimpik antara 78 peserta berentap Kejohanan Golf Maybank 2024
Tumpuan pastinya akan menghala ke Mirabel Ting yang baru bergelar sebagai pemain profesional berdasarkan bakatnya apabila menempa nama dalam beberapa kejohanan besar sebelum ini.
Tahun lalu, Mirabel menggegarkan kejohanan yang dibarisi pemain berkelas dunia apabila meraih tempat ke-12 walaupun ketika itu bergelar sebagai pemain amatur.
Rekod lain menyaksikan pemain berusia 20 tahun itu pernah menduduki tangga ke-2 ranking Amatur Dunia dan menjadi satu-satunya pemain Malaysia meraih ranking nombor satu dalam siri Divisyen Satu Persatuan Sukan Pelajar Kebangsaan (NCAA) Amerika Syarikat (AS).
Selain itu, Mirabel juga menjadi satu-satunya pemain dari rantau Asia Pacific yang menerima Anugerah Annika, penghargaan tertinggi dalam NCAA bagi pemain golf wanita.
Liyana Durisic
Bersama-sama Mirabel pada Oktober nanti adalah pemain golf wanita nombor satu Malaysia, Ashley Yau yang juga merupakan wakil negara di Sukan Olimpik 2024.
Namanya bukan asing buat peminat golf tanah air selepas Ashley tampil dalam Kejohanan Maybank 2024 dengan menduduki tangga ke-22.
Kini Ashley kembali dengan semangat yang lebih membara susulan pencapaian cemerlangnya dalam beberapa kejohanan serantau dan siri Jelajah Epson serta mengharapkan sokongan padu peminat tempatan mampu menjelmakan keputusan yang lebih baik.
Wakil dua kali ke Olimpik pada 2016 dan 2020, Kelly Tan pula bakal memanfaatkan pengalamannya untuk membawa nama Malaysia ke mata dunia pada Oktober nanti.
Kelly Tan
Sebagai Duta Maybank, bekas pemain golf wanita nombor satu negara itu pernah mencatatkan pencapaian terbaik menduduki tempat kedua dalam siri Jelajah LGPA pada 2022 dan kejohanan Dow Great Lakes Bay Invitational 2023.
Satu lagi bakat besar golf negara, Liyana Durisic juga bakal kembali ke lapangan Kejohanan Maybank selepas dia tampil buat kali pertama dalam kejohanan profesiobal di peringkat kelayakan ASEAN dan berjaya mendapat tempat untuk ke peringkat akhir.
Pastinya Liyana akan lebih bersemangat untuk mengembangkan karier profesionalnya menentang nama-nama besar dalam LGPA.
Rekodnya juga amat cemerlang ketika ini selepas mendahului dalam Jejalah Wanita PGM dengan dua kemenangan dan menduduki raking ketujuh dalam Jejalah WPGA Australasia 2025 selepas empat kali meraih tempat 10 terbaik.
Genevieve Ling
Melengkapi lima barisan terbaik negara adalah Genevieve Ling yang pertama kali menyertai Kejohanan Maybank selepas mendapat pengalaman luar bersaing di Asia dan Australia.
Rekod terbaiknya adalah menduduki tempat kedua pada kejohanan Terbuka Wanita WPG Chinese Taipei, sekali gus diharapkan pencapaian manis itu akan menjelmakan kejayaan di laman sendiri Oktober nanti.
Kejohanan Maybank 2025 dijadualkan berlangsung di KLCC dari 30 Oktober hingga 2 November ini.
Untuk keterangan lanjut tentang tiket dan lain-lain boleh layari Maybank Championship 2025 Ticketing. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel danTelegram