
KEHADIRAN lima pemain warisan ternyata memberi impak besar buat skuad Harimau Malaya apabila membantu skuad negara membelasah Vietnam 4-0 pada aksi kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027, pada Selasa lalu.
Manakan tidak, gabungan penyerang warisan baharu negara, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado turut mencetak nama sebagai penjaring pada penampilan pertama mereka bersama Harimau Malaya.
Dengan kemenangan bergaya ini, skuad Harimau Malaya berjaya mengutip tiga mata penting, menjadikan mereka antara pencabar utama untuk layak ke Piala Asia 2027.
BACA LAGI : [VIDEO] Dilepaskan kelab EPL, Sabah FC antara 3 pasukan Liga Super sesuai rebut CB Indonesia
BACA LAGI : 'Selangor lambat buat kerja', JDT lebih pantas ikat prospek KL City realisasi perpindahan mega
Tambahan pula, kejayaan ini hadir pada waktu tepat, ketika kepercayaan terhadap projek naturalisasi kembali dipersoalkan segelintir pihak.
Dalam pada itu, sinar baharu yang dibawa oleh pemain warisan ini turut menyukarkan laluan tiga calon lain Bergson da Silva, Giancarlo Gallifuoco dan Jordan Mintah yang sebelum ini turut disebut-sebut bakal dinaturalisasi untuk memperkuatkan skuad kebangsaan.
1. Bergson da Silva
Bergson tidak pernah bermain untuk mana-mana kelab yang lain di Liga Super kecuali JDT.
Penyerang berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah lama disebut-sebut untuk memperkuatkan jentera serangan negara.
Namun, dengan kemunculan Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado yang pantas serasi dan menjaringkan gol pada aksi sulung mereka, laluan buat Bergson kini tampak lebih sempit kerana skuad Harimau Malaya dilihat sudah punya "penyelesai" baharu yang sedang menyinar.
Selain itu, dengan perubahan dinamik dalam pasukan dan kehadiran pemain warisan yang menunjukkan impak segera, pendekatan naturalisasi pemain bola sepak Malaysia kini dilihat akan lebih selektif. Hanya pemain yang benar-benar diperlukan serta mampu memberi nilai tambah dari segi taktikal dan keserasian akan dipertimbangkan.
2. Giancarlo Gallifuoco
Giancarlo Gallifuoco merupakan salah seorang import terbaik dalam Liga Super.
Selepas tiba di Kuala Lumpur (KL) City FC pada 2021, pemain kelahiran Australia, Giancarlo Gallifuoco terus menjadi salah seorang import terbaik dalam Liga Super.
Namun, kehadiran pemain warisan dalam barisan pertahanan seperti Jon Irazabal yang menunjukkan disiplin tinggi dan berjaya mengunci jentera serangan Vietnam tanpa sebarang gol.
Pada masa sama,dengan kehadiran pertahanan tengah kelab La Liga, Deportivo Alaves, Facundo Garces selaku pemain warisan baharu juga memberikan satu kelainan buat skuad negara.
3. Jordan Mintah
Baru berusia 28 tahun, Jordan Mintah memulakan kariernya bersama Terengganu FC pada Januari 2020 sebelum dipinjamkan ke Kuala Lumpur City FC.
Penyerang Kuching City disebut-sebut menjadi prospek naturalisasi pada 2025 selepas lima tahun beraksi di Malaysia sejak Januari 2020.
Musim lalu juga menyaksikan Mintah meledak empat jaringan daripada 10 penampilannya buat Kuching City.
Baru berusia 28 tahun, pemain kelahiran Ghana ini memulakan kariernya bersama Terengganu FC pada Januari 2020 sebelum dipinjamkan ke Kuala Lumpur City FC dua tahun berikutnya.
Namun, seperti Bergson, tempatnya kini mungkin sukar digapai dengan kemunculan penyerang warisan yang bukan sahaja produktif, malah cepat menyesuaikan diri dengan corak permainan Cklamovski. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram