PEMAIN sayap lincah Akhyar Rashid secara rasminya menjadi hak milik pasukan Terengganu FC (TFC) selepas dilaporkan menandatangani kontrak sebagai pemain tetap skuad Penyu pada Rabu.
Merupakan pinjaman dari kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), kemasukan tonggak utama Harimau Malaya itu nyata memberi impak positif buat TFC sekali gus mengesahkan tempatnya untuk dua musim akan datang.
BACA LAGI: 'Tengok hasil baru komen', 'ekor' Harimau Malaya mahu tunggu dan lihat impak taktikal Rob Friend
BACA LAGI: 'Terengganu dalam momentum baik', Juan Muniz jangka aksi semifinal Piala Malaysia di SSMZA sukar
TFC menerusi kenyataannya mengesahkan telah pun membuat permohonan rasmi kepada JDT dan diperkenankan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang bersetuju melepaskan pemain tersebut.
Perkara itu diumumkan TFC di laman Facebook pada Rabu, yang nyata disambut baik ribuan penyokong pasukan tersebut.
Terdahulu, Akhyar dan Safawi Rasid dilihat turut menyertai sesi latihan pasukannya menjelang perlawanan menentang skuad JDT Jumaat nanti.
Kemunculan kedua-dua pemain itu memberi bayangan bahawa duo sensasi Harimau Malaya tersebut bakal diturunkan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2024/25 kelak.
Ditambah pula dengan perkhabaran terkini Akhyar, sekali gus menguatkan stigma penonton yang tidak sabar melihat pemain itu menggegar jaring lawan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menjelang pertemuan itu nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram