SALAH seorang nama yang menawarkan diri sebagai calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin membuat kenyataan mengejutkan apabila enggan mengambil sebarang gaji sekiranya terpilih.
Katanya menerusi Stadium Astro, Shahriman mengatakan yang dia tidak akan mengambil satu sen sekali pun sekiranya dia dipilih untuk menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang akan berundur tahun ini.
"Undi saya, saya tak akan ambil satu pun," kata Shahriman.
BACA LAGI: Kecewa persatuan digantung, KAFA sedia heret FAM ke mahkamah
BACA LAGI: Kongres, pemilihan tak sah punca FAM gantung KAFA
Shahriman yang ketika ini merupakan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dikekalkan di jawatan tersebut bagi penggal kedua.
Namun begitu, dia turut menyimpan hasrat untuk menjadi Presiden FAM bagi menggantikan Hamidin kelak pada Kongres FAM 15 Februari depan.
Selain Shahriman, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Afandi Hamzah turut menyatakan hasrat untuk menjawat jawatan tersebut.
Sebelum ini, terdapat juga laporan mengatakan dua bekas pemain kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan dan Datuk Dollah Salleh dalam usaha untuk meraih tempat dalam kepimpinan FAM.
Zainal dikatakan mahu bertanding sebagai exco manakala Dollah ingin mencabar kerusi Naib Presiden FAM. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram