[VIDEO] 'Maaf Malaysia', Haqimi Azim beri bayangan Harimau Malaya akan bangkit


  • Podium
  • Sabtu, 21 Dis 2024

Sebahagian aksi menarik yang ditampilkan oleh Haqimi Azim (dua kanan) yang mahu merampas bola daripada pertahanan Singapura.

'MAAF Malaysia,'.

Demikianlah kata-kata terakhir penyerang muda Harimau Malaya, Haqimi Azim Rosli selepas gagal membantu skuad kebangsaan memburu slot ke peringkat separuh akhir Piala Asean 2024.

Skuad kendalian Pau Marti Vicente yang memerlukan kemenangan berharga itu terpaksa menelan pahit apabila terikat tanpa jaringan bertemu Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia menamatkan kempen Kumpulan A di tangga ketiga dengan lima mata.

BACA LAGI: Enggan bolos di SSMZA, Badrul pesan siap-siap, 2 mesin cetak gol Sang Penyu kena lebih efektif depan gawang

BACA LAGI: Tunggakan gaji punca pemain Kedah ponteng latihan — Victor Andrag

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Fina Nasrom di laman X, kelihatan penyerang Kuala Lumpur City FC itu tidak dapat menahan sebak apabila gagal membantu skuad kebangsaan mencetak sebarang gol.

Haqimi turut mengakui kegagalan itu merupakan satu kekecewaan buat Harimau Malaya.

Menurutnya lagi, kegagalan itu akan menjadi pembakar semangat buat skuad kebangsaan menjelang kelayakan Piala Asia 2027 yang bermula pada Mac 2025.

"Maaf Malaysia, kami mahu membanggakan Malaysia tapi tidak kesampaian, saya nak ucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir di stadium, kami sudah buat yang terbaik.

"Saya kecewa kerana tak dapat jaringkan gol walaupun ada peluang di depan pintu gawang, saya tak dapat bantu pasukan sendiri.

"Saya harap penyokong dapat terima kita dalam aksi ini. Jadi, kami harap kita akan bangkit semula dan Insya-ALLAH," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram