Henti hukum pengadil, keluarga JDT kekal dengan mentaliti menang jumpa Kedah


  • Podium
  • Khamis, 08 Ogos 2024

JDT kini berada di kedudukan tertinggi Liga Super dengan pungutan 19 mata dalam tiga perlawanan. — Facebook/JDT

MELAKAR dua kemenangan berjumpa Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Piala FA tidak meletakkan Johor Darul Ta'zim (JDT) di tempat yang selesa, malah lagi bersemangat untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) setakat ini.

Pasukan dengan jolokan Hijau Kuning berkenaan pastinya akan turun dengan corak permainan lebih agresif bagi menebus kekalahan 1-5 secara agregat pada aksi separuh akhir Piala FA, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, pengendali Kedah iaitu Nafuzi Zain juga pastinya telah mengenal pasti beberapa kelemahan dalam dua perlawanan Piala FA itu bagi membantu sekurang-kurangnya untuk mencuri satu mata di bumi Iskandar Puteri pada Jumaat.

BACA LAGI: 'Elak kalah lawan Kedah', misi balas dendam Sony Norde dan Habib Haroon

BACA LAGI: Tiada Syafiq tidak apa, Kedah masih letak sasaran tinggi dalam Piala FA

Meskipun Kedah akan hadir ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), dekat Iskandar Puteri, Johor dengan dendam ingin mendapatkan mata namun wakil penyokong JDT, Farhan Khair Fawazul Khair masih optimis Harimau Selatan akan merekodkan kemenangan.

Farhan Khair ataupun lebih mesra dengan sapaan FK, percaya tiada apa-apa yang boleh mematahkan semangat pasukan kesayangannya daripada meneruskan rentak kemenangan walaupun timbul isu provokasi JDT menang dengan bantuan pengadil.

"JDT adalah JDT. Ancaman kepada JDT adalah JDT sendiri. Kami sebagai keluarga JDT telah dididik dengan mentaliti menang. Walau macam mana pun, JDT bertanding hanya untuk menang.

"Pengadil adalah individu yang mahir tentang undang-undang bola sepak. Sebagai penyokong, kita perlu menghormati keputusan yang telah dibuat. Daripada kita menghukum, lebih baik kita bersatu hati untuk mencari solusi.

"Harapan saya, kalau boleh realisasikan badan pengadil bebas pada masa depan nanti," katanya kepada Majoriti yang mengharapkan agar satu badan bebas akan dilaksanakan untuk membantu menguruskan sistem pengadilan.

WhatsApp Image 2024-08-08 at 18.26.41 (1)

Wakil penyokong JDT, Farhan Khair Fawazul Khair.

Terdahulu, keputusan pengadil, Nazmi Nasarudin untuk tidak memberikan sepakan penalti buat Kedah pada masa kecederaan aksi pertama Piala FA antara JDT dan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman, Kedah amat mengecewakan penyokong Hijau Kuing.

Ini selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati bek kanan Harimau Selatan, Shahrul Saad tidak sengaja dalam menampan bola akibat ditolak Fayadh Zulkifli Amin.

Kejadian kedua pula, Kedah hampir menyamakan kedudukan menerusi Ebenezer Assifuah tetapi dinafikan oleh video Bantuan Pengadil (VAR) selepas Cleylton dikesan berada dalam kedudukan ofsaid sebelum jaringan dibuat.

Untuk rekod, kali terakhir Kedah menang ke atas JDT dalam saingan Liga Super ketika selepas membelasah pasukan itu, 6-0 pada musim 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram