Fans JDT lebih gemar pemain bergaji RM24.8 juta berbanding bekas peledak Atletico Madrid


  • Podium
  • Rabu, 24 Jul 2024

Vietto pernah menyarung jersi Al-Hilal pada musim 2020-2022 dan saingan 2022-2023. — Agensi

SEJAK khabar angin Johor Darul Ta'zim (JDT) dikatakan akan membuat rombakan secara besar-besaran menjelang perpindahan pada Ogos ini, penyokong terus dihidangkan dengan kemasukan wajah baharu.

Antara bayangan awal yang dikatakan akan menyarung jersi Harimau Selatan import kelahiran Korea Selatan, dua pemain Sepanyol, seorang pemain Colombia, seorang pemain Argentina dan seorang pemain tempatan.

Paling ditunggu-tunggu untuk rombakan ini adalah perbaharuan jentera serangan dengan JDT dikatakan akan merekrut Hector Hernandez bagi menambah baik kualiti bahagian hadapan terutama saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

BACA LAGI: Dengarnya 6 pemain baharu sudah lapor diri, ada bintang JDT tunggu masa ditunjukkan jalan keluar menjelang Ogos

BACA LAGI: Media Korea Selatan kecoh KPG undur diri jadi pengendali Harimau Malaya

Hernandez, yang kini bermain untuk GD Chaves dalam saingan Liga Portugal 2, dikhabarkan akan menyertai juara bertahan Liga Super itu selepas kontraknya tamat pada 1 Julai 2024.

Pemain berusia 28 tahun yang boleh bermain sebagai pemain sayap atau penyerang tunggal, mempunyai pengalaman luas dalam saingan La Liga dan antara pasukan popular pernah menagih khidmatnya ialah Atletico Madrid.

Sepanjang kariernya, Hernandez telah menjaringkan 81 gol dalam 282 penampilan dalam liga teratas Eropah.

Walaupun mempunyai profil mengagumkan sebagai seorang pemain, Hernandez bagaimanapun bukan menjadi pilihan teratas penyokong susulan 'pemain ke-12' Harimau Selatan lebih gemar menyaksikan Luciano Vietto menyarung jersi JDT.

HERNANDEZ

Hernandez dikhabarkan akan menyertai JDT selepas kontraknya tamat pada 1 Julai 2024. — Agensi

Vietto menjadi kegemaran penyokong susulan pengalamannya yang pernah menyertai beberapa liga gergasi dunia seperti di Sepanyol, England, Portugal dan terbaharu menyalurkan kepakarannya di Arab Saudi bersama Al-Hilal, Al-Shabab dan Al-Qadsiah.

Sepanjang kariernya, Vietto telah menjaringkan 102 gol dalam 393 penampilan bagi pelbagai kelab. Terbaharu, pemain berusia 30 tahun itu meledak 17 gol dalam 33 aksi buat Al-Qadsiah.

Bekas pemain kebangsaan bawah 20 tahun Argentina itu dikhabarkan mempunyai anggaran gaji sekitar £79,000 (RM476,052) untuk seminggu dan gaji tahunannya dikatakan sebanyak £4,108,000 (RM24.8 juta) bagi setahun.

Dengan anggaran gaji tinggi sebegitu rupa, pasti JDT turut sedang mempertimbangkan banyak perkara terutama dari segi kewangan untuk merekrutnya. Setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kelab mengenai ketibaan pemain baharu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram