KEMASUKAN pengurus baharu, Arne Slot membuatkan Liverpool sedikit perlahan dalam jendela perpindahan berbanding pasukan lain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Meskipun terdapat pelbagai kekurangan dalam pasukan, skuad The Reds tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan mengenai wajah baharu yang akan dibawa masuk.
Bagaimanapun, masih terdapat desas-desus bahawa kelab berkenaan bersedia untuk membuat pelaburan besar-besaran untuk membawa masuk pemain sayap baharu.
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara skil luar biasa, Arif Aiman Jepun kena tarik sampai baju nak terkoyak
BACA LAGI: Antony masih tak 'perform', Man United dikhabar sambar Arif Aiman Jepun
Antara calon yang dikatakan berada dalam radar mereka adalah pemain kebangsaan Jepun, Takefuso Kubo yang kini beraksi di La Liga untuk Real Sociedad.
Menurut laporan media antarabangsa, Liverpool bersedia untuk mengeluarkan dana mencecah €60 juta (RM304.6 juta) dalam usaha mendapatkan pemain berkenaan.
Malah, terdapat juga khabar angin mendedahkan proses rundingan antara pihak kelab dan wakil pemain sudah memasuki fasa akhir dengan persetujuan boleh dicapai kelak.
Sepanjang musim 2023/24, Take Kubo merekodkan 41 penampilan secara keseluruhan dengan 30 daripadanya terhasil dalam saingan La Liga.
Arne Slot masih belum memutuskan rekrut pertamanya buat Liverpool. — Agensi
Pemain berusia 23 tahun terbabit berjaya menghasilkan tujuh gol dan lima bantuan jaringan sepanjang diturunkan, sekali gus meletakkannya sebagai salah seorang prospek terhangat dari Asia.
Take Kubo bukanlah nama yang asing di Eropah selepas pemain berkenaan pernah meraih gelaran 'Messi Jepun' melihat kepada kebolehannya untuk menggelecek lawan.
Selain itu, dia yang pernah beraksi bersama skuad simpanan Real Madrid dan Barcelona wajar dikatakan sebagai antara pemain muda terhangat ketika ini.
Di peringkat Asia pula, Take Kubo pernah membantu Jepun dalam pelbagai peringkat usia, termasuk bagi skuad senior sejak mencipta debut pada 2019.
Dia turut dipanggil pengendali, Hajime Moriyasu dalam kempen Piala Asia yang lalu apabila skuad Samurai Blue layak ke peringkat suku akhir sebelum disingkirkan Iran. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram