Jude Bellingham terlepas hukuman berat kes buat isyarat tak senonoh


  • Podium
  • Jumaat, 05 Jul 2024

Pemain tengah England, Jude Bellingham meraikan jaringan penyamaan ketika aksi menentang Slovakia.  — Agensi

TONGGAK tengah England, Jude Bellingham terlepas daripada hukuman gantung perlawanan dan hanya dikenakan hukuman denda sekiranya didapati bersalah melanggar peraturan kelakuan sopan.

Memetik laporan media luar negara, bintang muda Real Madrid berkenaan boleh beraksi pada saingan suku akhir Kejohanan Euro 2024 menentang Switzerland pada Ahad ini selepas terlepas hukuman gantung perlawanan.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) difahamkan menyiasat Bellingham susulan gaya lucah yang dilakukan selepas meledak jaringan sepakan gunting pada minit ke-95 berdepan Slovakia.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemain badminton China rebah, meninggal dunia ketika tunggu servis lawan

BACA LAGI: Hero Turkiye berisiko kena denda, digantung perlawanan lepas rai gol gaya 'serigala'

Bintang bola sepak berusia 21 itu dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada barisan pemain Slovakia yang berada di bangku simpanan dan tindakannya mendapat kecaman penyokong bola sepak kerana dianggap tidak menghormati pihak lawan.

Walaupun Bellingham menegaskan ia adalah gurauan untuk beberapa rakannya namun UEFA masih memberinya masa tiga hari untuk memberi penjelasan kepada kesatuan berkenaan dan Persatuan Bola Sepak Slovakia juga diminta untuk mengemukan maklum balas mereka.

Nilai denda berkenaan bagaimanapun masih belum dikongsikan dan setakat ini dikhabarkan Bellingham akan dikenakan denda lima angka, berdasarkan laporan akhbar Jerman Bild.

jude bellingham

Isyarat lucah yang dibuat Bellingham ketika perlawanan menentang Slovakia.

Untuk rekod, Bellingham bukan bintang pertama yang menghadapi denda dalam bentuk kewangan kerana isyarat lucah atas padang susulan sebelum ini dua individu bola sepak pernah menghadapinya.

Pada 2019, pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone didenda £17,000 (RM102,290) untuk tindakan sama semasa pasukannya menang 2-0 ke atas Juventus. Selepas itu, Cristiano Ronaldo kemudiannya turut didenda membayar 20,000 euro (RM101,100) kerana menirunya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram