KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) akan menerima kunjungan Perak FC dalam perlawanan ketiga Liga Super dengan misi untuk mengutip tiga selepas tewas di tangan Selangor FC pada 24 Mei nanti.
Skrip berbeza pula buat Perak yang turun untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata selepas tewas dua perlawanan sebelum ini.
Pertembungan itu juga akan menyaksikan pertarungan hebat taktikal oleh dua jurulatih tempatan, Nafuzi Zain dan Yusri Che Lah yang pernah bertemu dalam Piala Malaysia musim lalu.
BACA LAGI: 'Bukan YCL tak bagus', fans Seladang hanya idam Kim Pan-gon 2.0
BACA LAGI: TMJ ‘bersuara’ kes pecah rumah Khuzaimi Piee, ‘comment ni kena delete ke?’
Ketika itu, Perak berjaya menyingkirkan Kedah untuk layak ke peringkat kalah mati dengan agregat 3-4.
Beberapa pemain pastinya akan menjadi fokus lensa kamera menjelang aksi tersebut, dengan itu Majoriti senaraikan empat bintang bakal jadi pemain tumpuan pada Jumaat:
1. Muhd Syafiq Ahmad
Tidak dinafikan, Syafiq merupakan penyerang berbisa di dalam negara ketika ini.
Ketajamannya sememangnya terserlah terutamanya sewaktu mewakili Malaysia.
Namun, pada aksi pertama liga berdepan PDRM FC, Syafiq membuktikan kemampuannya sekali lagi selepas berjaya meledak gol terpantas musim ini seawal 34 saat.
Ia membuktikan yang Syafiq mempunyai ketajaman di depan pintu gol dan dia boleh menjadi watak penting untuk Kedah mendapatkan tiga mata berdepan Perak.
Pertahanan The Bos Gaurus mesti berjaga-jaga dengan kualiti yang ditunjukkan oleh pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim itu.
2. Kalamullah Al-Hafiz
Persembahan Kalamullah Al-Hafiz ketika menentang Selangor FC wajar mendapat pujian kerana ketangkasannya menjadi benteng terakhir Sang Kenari sehingga menyukarkan pihak lawan untuk membolosi gawang golnya.
Kalamullah akan menjadi pemain tumpuan menentang Perak kerana mahu membalas semula kepercayaan Nafuzi Zain terhadapnya.
Pemain berusia 28 tahun itu, pastinya mendapat tonik tambahan selepas dipilih oleh Kim Pan-gon untuk berada dalam senarai 26 pemain akhir yang akan membawa cabaran Harimau Malaya ke pentas Asia.
Jika Selangor memerlukan 85 minit untuk membolosi gawang Kalamullah, berapa pula diperlukan Perak bagi menjaringkan gol untuk meraih kemenangan di halaman lawan?
Tae-min juga mampu mengimbanginya di sebelah kanan serta boleh bermain selaku penyerang utama.
3. Lee Tae-min
Import baharu Korea Selatan Perak FC, iaitu Lee Tae-min menyertai skuad The Bos Gaurus (TBG) dengan pengalaman beraksi dalam saingan K League di Korea Selatan bersama Busan Ipark serta beberapa kelab lain di negara republik berkenaan.
Kehadiran pemain berusia 21 tahun berkenaan pastinya untuk menambah sengat buat skuad Seladang terutama sekali membabitkan aspek serangan pasukan itu yang agak lemah pada musim lalu.
Kualiti pemain yang pernah beraksi buat pasukan kebangsaan Korea Selatan bawah 17 (B-17) itu menyerlah ketika perlawanan pertama Liga Super Perak menentang Terengganu pada minggu lalu dengan gerakan lincahnya mengelirukan pertahanan skuad Sang Penyu.
Selain boleh beraksi selaku pemain sayap kiri, Tae-min juga mampu mengimbanginya di sebelah kanan serta boleh bermain selaku penyerang utama mengikut kesesuaian taktikal pengendali Perak, Yusri Che Lah.
Luciano bakal menjadi nadi utama Sang Seladang untuk merencanakan serangan dalam perlawanan bertemu Kedah.
4. Luciano Guaycochea
Kapten Perak, Luciano Guaycochea bakal menjadi nadi utama Sang Seladang untuk merencanakan serangan dalam perlawanan bertemu Kedah.
Ini kerana, Kedah mempunyai beberapa tonggak tengah yang berkualiti untuk menyukarkan pergerakan Guaycochea.
Namun dengan ketenangan yang ada pada bintang Argentina ini, pastinya akan memberikan kelebihan buat Yusri untuk merencankan serangan.
Guaycochea sudah menjaringkan satu gol ketika berdepan Terengganu menerusi sepakan penalti selepas Tae-min dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Manuel Ott. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram