'All the best atuk', Arif Aiman kirim pesanan istimewa buat De Paula


  • Podium
  • Isnin, 13 Mei 2024

Arif Aiman meninggalkan ucapan istimewa buat bekas rakan sepasukannya, Guilherme De Paula.

PEMAIN naturalisasi negara, Guilherme De Paula mengumumkan persaraannya selepas memuat naik hantaran dengan ucapan 'terima kasih' di laman Instagram peribadinya baru-baru ini.

Selain mengumumkan karier dalam bola sepak sudah berakhir, penyerang berusia 37 tahun itu turut meluahkan rasa kasihnya terhadap penyokong yang sentiasa berada di belakangnya sepanjang beraksi di Liga Malaysia (Liga M).

"Terima kasih bola sepak kerana memberikan saya rasa kasih sayang. Kepada rakan-rakan sepanjang perjalanan, terima kasih atas kesetiaan dan kasih sayang anda.

BACA LAGI: Tersisih sesi pramusim di Dubai, penyokong dakwa Lord Paula 'mengamuk'

BACA LAGI: [VIDEO] 'Lord' De Paula pernah tunjal kepala menteri pada malam Selangor lengkapkan Misi 33

"Kepada yang mengkhianati, terima kasih juga kerana anda mengajar saya untuk menjadi lebih kuat. Saya tidak akan melupakan emosi dan pengajaran yang diberikan oleh bola sepak kepada saya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan dan ahli perniagaan Valdir, yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi, bimbingan dan persahabatan yang setia adalah asas dalam setiap langkah perjalanan profesional saya.

"Saya amat bersyukur kerana memiliki seseorang yang begitu berdedikasi dan boleh dipercayai di sisi saya," tulis De Paula.

Dalam pada itu, pemain sayap sensasi negara, Arif Aiman tidak terlepas daripada mengirim pesanan buat bekas rakan sepasukannya itu.

"All the best atuk," tulisnya di ruangan komen.

Pernah beraksi bersama di kelab Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman juga merupakan antara muka yang kerap digandingkan dengan De Paula ketika mewakili skuad Harimau Malaya satu ketika dahulu.

Untuk rekod, beberapa kelab yang pernah di sertai De Paula termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram