Cemerlang sekat Sang Seladang, bek muda TFC mula jadi sebutan


  • Podium
  • Ahad, 12 Mei 2024

Skuad Sang Penyu bermula dengan langkah kanan dalam kempen Liga Super 2025/25 dengan kemenangan ke atas Perak FC. — Facebook/Terengganu FC

KEPUTUSAN positif diraih Terengganu FC di laman sendiri pada Sabtu apabila menundukkan Perak FC 3-1 untuk berada di kedudukan kedua Liga Super.

Jaringan awal Nurillo Tukhtasinov pada minit keenam memastikan momentum berpihak kepada skuad Sang Penyu meskipun pasukan pelawat menampilkan aksi bersemangat.

Namun, jurang kualiti yang jelas menyukarkan anak-anak buah Yusri Che Lah menembusi benteng pertahanan tuan rumah sepanjang babak pertama dimainkan.

BACA LAGI: Teka-teki pemain import TFC II akan diketahui

BACA LAGI: Terengganu FC enggan 'gelojoh', ambil pendirian realistik

GMQ923TbwAAzYgw

Faris Rifqi beraksi dengan cemerlang dari segi serangan dan pertahanan. Facebook/Terengganu FC

Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil selepas pemain tengah Terengganu FC, Manuel Ott menghadiahkan sepakan penalti pada babak kedua yang kemudiannya disempurnakan Luciano Guaycochea.

Bagaimanapun, kelegaan itu tidak berkekalan selepas kelab Pantai Timur berkenaan kembali mendapatkan kelebihan menerusi gol sendiri Shivan Pillay pada minit ke-66.

Malam sempurna buat tuan rumah disudahkan dengan jaringan pemain simpanan, Chukwu Chijioke yang menyaksikan tiga mata dibawa pulang mereka.

Meskipun jentera serangan skuad Sang Penyu layak diberikan pujian, rata-rata penyokong berasakan watak utama dalam perlawanan tersebut ialah bek kiri muda, Faris Rifqi.

Dia yang diturunkan buat kali ketiga dalam Liga Super sepanjang kariernya boleh dikatakan tidak berdepan sebarang masalah untuk menyekat gerakan lawan.

Selain bertindak cemerlang dari segi pertahanan, pemain berusia 21 tahun berkenaan juga beberapa kali menghidangkan peluang buat rakan sepasukannya.

401736040_325119666821811_7646995760681436883_n

Faris (kiri) merupakan watak utama dalam skuad Piala MFL musim lalu. Facebook/Terengganu FC II

Jadi, tidak hairanlah apabila pujian melambung diberikan kepadanya untuk beraksi dengan kerap sebagai bek kiri sementara pemain pilihan utama, Alif Zakaria diturunkan di sayap kanan.

"Faris Rifqi dari Terengganu FC harap terus konsisten sehingga akhir musim. Bantuan serangan bagus, pertahananpun bagus. Hantaran sahaja kadang kadang sahaja tidak menjadi. Boleh ditambah baik," kata Onefootball.

"Faris ada masa depan cerah untuk jadi pemain pertahanan Terengganu FC yang beraksi dengan baik selepas Azam Azmi (Murad), Ubaidullah (Shamsul) dan Safwan Mazlan," kata Uzair Wafy.

"Faris Rifqi adalah bek kiri untuk masa depan. Dari segi bertahan cemerlang, dari segi serangan pun cukup baik. Apa lagi anda mahukan?" komen Wafiyy.

Sepanjang musim lalu, pemain berkenaan menjadi watak utama buat skuad kendalian Hairuddin Omar yang menjulang Piala MFL dengan 19 penampilan direkodkan.

Persembahan konsisten dalam pertandingan itu menyaksikan pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner tidak berfikir lama untuk memberikannya peluang dalam divisyen teratas bola sepak tanah air. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram