Selalu buat 'homework', Hakim Danish ada misi takluk RedBull Moto GP Rookies Cup


  • Podium
  • Isnin, 06 Mei 2024

Hakim Danish kini sedang beraksi dalam perlumbaan kedua RedBull Moto GP Rookies Cup di Estoril, Portugal.

PELUMBA muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli, 17, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya selepas berjaya menaiki podium dalam perlumbaan RedBull Moto GP Rookies Cup walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran daripada pelumba negara lain.

Menurutnya, dia selalu meletakkan motivasinya di tempat paling tinggi untuk kembali bangkit daripada tempat kesembilan sehingga berjaya dinobatkan sebagai naib juara RedBull Moto GP Rookies Cup yang berlangsung di Sepanyol.

"Untuk keputusan dalam RedBull Moto GP Rookies Cup pusingan pertama saya berasa sangat gembira kerana dapat lawan di pasukan hadapan.

"Dekat race tour (siri perlumbaan), saya berjaya menaiki podium di tempat kedua.

"Saya habis di tempat kesembilan pada pusingan pertama sebab kemalangan di dua lap terakhir.

"Saya terlampau gopoh kalau tak jatuh saya mungkin boleh fight (lawan) untuk position (kedudukan) di atas dan kemudian di pusingan kedua saya keep motivation high (kekalkan motivasi) dan Alhamdulillah berjaya naik podium," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Selangor FC sempat sambar bintang muda Jordan sebelum lawan JDT

1995774

Hakim Danish pernah menduduki podium di tempat ketiga dalam RedBull Moto GP Rookies Cup Portimao, Portugal.

Hakim Danish yang mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan European Talent Cup (ETC) selama dua tahun gembira berada di atas podium buat pertama kali musim ini.

"Semestinya saya gembira untuk kejayaan podium pertama saya musim ini dalam RedBull Moto GP Rookies Cup.

"Tapi sejujurnya saya lebih gembira jika berjaya berada di tempat yang pertama kerana ini merupakan debut saya dalam RedBull Moto GP Rookies Cup," jelasnya.

_DSC1460

Hakim Danish melakukan kerja rumah bagi mengekalkan momentum berada di atas podium.

Untuk tambah baik aksi di atas litar, Hakim Danish sendiri melakukan kerja rumah bagi mengekalkan momentum berada di atas podium dalam perlumbaan seterusnya.

"Saya sentiasa melakukan kerja rumah dengan banyak.

"Saya selalu melihat banyak perlumbaan dekat setiap kejohanan ataupun perlumbaan di luar.

"Saya melakukan sedemikan untuk belajar bagaimana tidak dipotong pada garisan lurus ke garisan penamat untuk pusingan terakhir," jelasnya.

BACA LAGI: Kuda tua berbisa, JDT antara 3 pasukan hargai pemain otai musim depan

_DSC5870

Hakim Danish (depan) ketika beraksi di atas litar.

Bagi perlumbaan kedua RedBull Moto GP Rookies Cup di Estoril, Portugal Hakim Danish dikenakan tindakan penalti kerana menunggang motosikal secara perlahan yang sebenarnya tidak dibenarkan dalam kejohanan.

Namun begitu, ia tidak akan menjejaskan motivasi Hakim Danish yang sentiasa berfikiran untuk mempersiapkan diri bagi perlumbaan seterusnya.

"Semestinya ia agak menjejaskan sedikit tetapi saya tidak patah semangat saya sentiasa meletakkan motivasi di tempat yang tinggi.

"Saya juga confident (yakin) akan dapat sampai di group hadapan dan buatkan keputusan yang bagus untuk di Estoril," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram