Piala Thomas: Malaysia terus kempunan ke final, apatah lagi juara


  • Podium
  • Sabtu, 04 Mei 2024

Jun Hao ( baju putih) gagal menghadiahkan mata buat skuad Piala Thomas negara apabila ditewaskan Shi Feng dari China. — Agensi

HARAPAN skuad negara untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Thomas 2024 di Chengdu, China tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah di separuh akhir pada Sabtu.

Pemain perseorangan pertama negara, Lee Zii Jia gagal menghadiahkan mata selepas kalah kepada Shi Yu Qi 21-19, 21-5 dalam aksi pertama.

Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik kemudiannya bangkit mengikat kedudukan 1-1 setelah menang 15-21, 21-12, 21-17 ke atas Liang Wei Keng-Wang Chang.

BACA LAGI: Separuh akhir Piala Thomas: Justin Hoh kekal perseorangan ketiga negara bertemu China

Malaysia men’s singles shuttler Lee Zii Jia reacts after losing a point while against China’s Shi Yu Qi during the semi-final match of Thomas Cup Finals at Hi-Tech Zone Sports Centre in Chengdu, China on Saturday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Zii Jia tidak berpeluang menyumbang mata dalam aksi separuh akhir Piala Thomas.

BACA LAGI: [VIDEO] Piala Thomas: Malaysia kejutkan Jepun, Sze Fei-Izzuddin muncul wira ke separuh akhir

China bagaimanapun kembali berada di hadapan selepas Li Shi Feng menewaskan Leong Jun Hao dengan keputusan 21-17, 21-10.

Kemaraan skuad negara akhirnya terhenti dalam aksi beregu kedua apabila He Je Tiang-Ren Xiang Yu menundukkan Goh Sze-Fei-Nur Izzuddin.

Dalam perlawanan berlangsung lebih sejam itu, gandingan kedua negara itu tewas 18-21, 21-19, 21-12 dengan kekalahan itu pasti pahit untuk ditelan apabila Malaysia kali terakhir muncul juara Piala Thomas pada 1992, selain hanya layak ke final pada edisi 2014 sebelum dikecewakan Jepun.

China pula bakal berdepan Indonesia dalam perlawanan akhir selepas negara tersebut menewaskan Chinese Taipei dengan keputusan 3-0 dalam aksi berlangsung pada hari yang sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram