MALAYSIA berjaya menempah tempat ke suku akhir Pusingan Akhir Piala Thomas selepas dengan mudah mengatasi Algeria 5-0 dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan D di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech, Chengdu, China pada Ahad.
Dalam perlawanan itu, kem negara melakukan beberapa perubahan termasuk menurunkan pemain perseorangan profesional Cheam June Wei dan gandingan meningkat, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menentang pasukan kerdil dari benua Afrika itu.
Perseorangan kedua, Leong Jun Hao serta dua beregu, Aaron Chia dan Goh Szei Fei pula direhatkan manakala, ketua pasukan, Soh Wooi Yik berganding dengan Nur Izzuddin Rumsani sebagai beregu kedua.
BACA LAGI: Zii Jia ketuai senarai penuh skuad Piala Thomas, Rexy yakin semangat pasukan negara
Lee Zii Jia hanya memerlukan 26 minit untuk memperoleh mata pertama negara selepas menewaskan Adel Hamek, 21-8. — The Star
BACA LAGI: Balik awal lagi, Lee Zii Jia sedar perlu segera bangkit di All England
Pemain perseorangan utama, Lee Zii Jia hanya memerlukan 26 minit untuk memperoleh mata pertama negara selepas menewaskan Adel Hamek 21-8, 21-6 sebelum perseorangan kedua, June Wei turut mudah mengatasi Youcef Sabri Medel 21-9, 21-14 dalam masa 21 minit.
Justin Hoh yang berusia 20 tahun kemudiannya menewaskan Mohamed Abderrahime Belarbi 21-10, 21-14 dalam perseorangan ketiga untuk menjadikan kedudukan 4-0 sebelum pasangan gores Soh Wooi Yik-Nur Izzudddin Rumsani melengkapkan kekalahan itu dengan 21-13, 21- 9 kemenangan ke atas Koceila Mammeri-Youcef Sabri.
Ia sekali gus memberi persediaan bagi bagi pasukan mewakili Malaysia itu untuk menentang Denmark pada 30 April ini bagi melengkapkan perlawanan kumpulan mereka.
Pada Sabtu, Malaysia membuka tirai saingan kumpulan dengan kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong manakala Denmark turut mengatasi Algeria dengan keputusan sama. — The Star/R. KIRUBASHINI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram