Jimat kos dan lawan berkualiti termasuk sebab kenapa Sri Pahang, Perak jadikan kelab Singapura sebagai 'sparring' pramusim


  • Podium
  • Khamis, 18 Apr 2024

Perak berdepan Albirex Niigata (S) dalam aksi pramusim mereka di Ipoh. — Perak FC

MASA semakin hampir untuk musim baharu Liga Super bermula. Lazimnya di peringkat pramusim, pelbagai kelab akan mengadakan aksi perlawanan persahabatan bagi memanaskan badan sebelum liga bermula.

Bagi kelab-kelab Malaysia, tidak semua akan melakukan jelajah ke luar negara. Ada kelab yang melakukan jelajah tetapi dalam negara sahaja menuju ke kawasan tertentu. Malah, ada juga kelab yang menentang pasukan bertaraf daerah dalam negeri mereka sendiri.

Namun begitu, ada juga kelab yang melakukan perlawanan pemanas badan menentang pasukan-pasukan dari Singapura seperti Perak FC dan Sri Pahang FC.

Persoalannya kenapa? Analisis ringkas Majoriti akan merungkai mengapa kelab-kelab Singapura sering menjadi pilihan pasukan Malaysia sebagai rakan sparring ketika pramusim:

1. Jadual selari

Satu perkara yang memudahkan kelab-kelab Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Singapura adalah persamaan dari segi kalendar liga.

Ketika ini, saingan Singapore Premier League (SPL) adalah sama dengan Liga Super dengan kedua-dua liga akan memulakan saingan pada bulan Mei.

Situasi ini membenarkan kelab-kelab dari kedua-dua liga mudah untuk mengadakan aksi pramusim bersama-sama. Berbanding dengan kelab-kelab di Indonesia atau Thailand, pasukan Liga Super sukar untuk mengadakan perlawanan pramusim bersama mereka.

Hal ini kerana, saingan Liga 1 Indonesia berserta Thai League 1 hanya akan berakhir pada Mei jadi kelab-kelab tersebut sudah pasti tidak dapat memenuhi jemputan melakukan sparring bersama pasukan Liga Super.

BACA LAGI: Anak buah Tan Cheng Hoe antara 3 kelab boleh uji persiapan Gergasi Merah

432882593_429814336265614_2933124021996502883_n

Saingan musim baharu di Malaysia dan Singapura akan bermula pada Mei ini. — Perak FC

2. Kos rendah

Satu lagi perkara mengapa kelab di Liga Super gemar melakukan aksi pramusim bersama pasukan Singapura adalah faktor kos yang tidak begitu tinggi menjadi pilihan.

Memandangkan jarak kedua-dua negara tidak begitu jauh, ia tidak begitu membebankan kelab seperti Sri Pahang dengan mereka mempunyai pelbagai pilihan untuk bergerak sama ada menerusi jalan darat atau udara ke bumi Temasik.

Begitu juga dengan kelab Singapura, mereka tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar apabila memasuki Malaysia seperti yang dilakukan oleh Geylang International serta Albirex Niigata (S) ketika mereka bertandang ke Perak.

Dengan kos rendah, kelab Liga Super masih mampu untuk menikmati pramusim menentang kelab antarabangsa tanpa perlu bergerak jauh.

BACA LAGI: Mujur ada Akinade, Terengganu mulakan musim baharu tanpa bisa Ivan Mamut

437672341_18430328632031124_836252038149174385_n

Selain Perak, Sri Pahang juga menjadikan Albirex Niigata sebagai lawan pramusim mereka. — Sri Pahang FC

3. Lawan setara

Kelab-kelab dari Singapura mungkin bukanlah sehebat pesaing mereka dari Thailand, namun mereka masih mempunya kualiti tersendiri.

Rata-rata kelab dari bumi Temasik ini mempunyai keupayaan yang setara dengan pasukan Liga Super. Kelab-kelab seperti Geylang, Albirex Niigata serta Tampines Rovers mempunyai kekuatan serupa dengan pasukan tempatan kita.

434850424_994155952080381_1358454928234992369_n

JDT turut bertemu kelab Singapura iaitu Lion City Sailors. — JOHOR Southern Tigers

Malah, kelab seperti Lion City Sailors yang dianggap sebagai gergasi bola sepak Singapura mempunyai ramai pemain berstatus bintang. Jika tidak, masakan Johor Darul Ta'zim hendak mengadakan perlawanan persahabatan dengan mereka.

Kualiti lawan setara membuatkan kelab Liga Super boleh menukar 'selera' ketika pramusim. Jika waktu pramusim pun mengadakan perlawanan berdepan seteru liga, boleh jadi bosan juga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram